Monday, March 15, 2010

PAHANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Cuti hanya 10 hari. Plan asal aku ialah uruskan kerja di KL, lepas tu balik kampung, lepas tu terus bertolak kembali ke KL>Sabah. Tapi atas permintaan ramai (ache cheh..), aku 'edit' plan balik kampung-ku itu. So tiba di KL Jumaat 2110, terus pulang ke Johol n9, sebab esoknya nak ke Pahang; melawat si budak bertuah; IMAH..

130310
Plan aku (tidak habis2 mem-plan?), bertolak seawal mungkin; 7am? 8am?, sebab 1830-2000 aku nak tengok 8tv; Down With Love. Siap 'booking' tv lagi sebelum bertolak ke Pahang tu. Maklum la tak nak la main2 rebut2 ni, so aku cop dulu..kahkahkah..Kakak mengalahkan adik3..hehe..Ooo, cakap pasal bertolak ni, kami sekeluarga memang biasa mengamalkan pukul SIAP iaitu pukul berapa kitorang SIAP, pukul itu-lah kitorang bertolak. Akibat kepenatan malam semalam (kitorang sampai rumah kol 12 tengah malam), 1030 pagi baru bertolak ke Pahang. Abah sudah marah2. Abah cakap lambek poie nanti lambek balik. Rombongan Cikgu Samsun ke KMP kali ini diwakili oleh Cikgu Samsun selaku 1st driver, Pidah 2nd driver, aku selaku tetamu khas yg tak mungkin jadi 3rd driver sebab dah ada 2 driver otai serta Radz si adik bongsu; selaku adik tunggal si budak bertuah IMAH.

Alhamdulillah perjalanan pergi & balik sangat lancar berbekalkan kecekapan pemanduan 2 driver yang otai (seperti yang telah dimaklumkan di atas). 1030 dari Johl n9, 1400 di KMP. Usai solat jamak taqdim Zuhur & Asar serta lunch bersama si budak bertuah IMAH, kami bergegas pulang ke kampung halaman (hikhikhik). Awal2 lagi Abah dah cakap kita akan sedikit lewat Ye memang tepat sekali, 1600 dari KMP, 1900 kami tiba di rumah.

Setibanya di rumah, aku menghadap tv, rehat kejap lepas tu terus tertidur hingga ke pagi. Sekali lagi, 430 bangun solat. Sungguh penat.

140310
Esok-nye tidak mampu ke kenduri kawan di PD n9. Bangun pagi basuh baju & sediakan lunch Penat masih belum hilang. So cancel untuk ke KL pada hari tersebut. Si Pidah je la balik KL naik bas. Malam tu ikut Mak ke kenduri doa selamat kawan; SITI yang due lagi 2 bulan. Siti mungkin dapat anak lelaki.

150310
Hari ni masih penat,kerja pun belom siap. So post poned lagi ke KL. Ala apo nih..So malam ni plan nak buek kojo. Sok nak pergi KL. Jumaat balik n9. Sabtu ke KL. Ahad kembali ke Sabah baa..

Wassalam

Friday, March 12, 2010

CUTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Asslamualaikum & selamat sejahtera..

Sejak seminggu lepas, sudah tidak sabar-sabar mahu balik kampung. Kalau boleh nak buat 'countdown'. Erk, akceli alomst setiap hari dok edit status kt fb. Sangat teruja mau pulang baa..Ini 1stime balik kampung sejak ber-hijrah 1.5 bulan lepas..eheh..

Pada awalnya tidak plan pun nak balik kampung, since gaji pon lom dapat. So at first i planned nak jalan-jalan sekitar KK. Sejak tiba di Sabah, belum pernah pusing KK..
Namun begitu atas urusan yang belum selesai, ku-terpaksa jua pulang ke Semenanjung Malaysia. Berbekalkan 'duit pinjam' I pun beli la tiket flight. Rancangan asal balik ber-2, lepas tu ber-3, akhir sekali ber-2..Tapi dari Tenom-KK kitorang naik teksi ber-4; tidak termasuk 'uncle taxi' baa..

120310
Malam tu dah 70% packing. Pagi tu 430 da bangun. Update status fb, then pack laptop. Personal items seperti purse, handphone, pendrives etc balik dari kerja baru boleh sumbat dalam beg. 615 dah pergi kerja. Seperti biasa, Jumaat full. Kelas dah la full, tambah dengan aktiviti fotostat+urgent meeting lagi..Serius Jumaat yang busy dari biasa. 12pm dah bersedia balik kerja. Sampai rumah 1220. Packing for da lastime, angkat+lipat baju dari ampaian, minum susu+oat (nak lunch; makan mi segera da tak sempat), solat Zuhur & finally bersiap-siap. 1300 dah mula menunggu teksi di bustop. 1330 baru teksi sampai & terus meluncur ke KKIA2. 1545 tiba di KKIA2. Solat Asar & lunch @KFC. 1730 check in. 1830 masuk departure. 5 minit sebelum fly, diarahkan masuk ke dalam flight. 1900 terbang KK-KL.

Jangkaan awal tiba di KL 2125-2130. Walaupun cuaca tidak berapa baik, dengan kelajuan 380km/jam+juruterbang yang terror, kami tiba di KL pada 2110. Punya la ingatkan sudah ada orang tunggu, rupa-rupanya 2200 baru Abah, Mak. Pidah & Radz jemput; diorang lost in the city. Aiyo. Sungguh penat k. Sementara menunggu tu nak makan aiskrim McD; mesin rosak la pulak. Adoi aii. Otw balik ke N9 tu singgah di 7-11 Rembau beli aiskrim; jangan tak ado. 2359 tiba di Johol, beberapa minit selepas tu terus terlelap depan tv. 500 pagi bangun solat jamak Maghrib-Isyak.

Sunday, January 31, 2010

What? SABAH?

Assalamualaikum & salam sejahtera..

RABU 130110
Kawan cakap dah boleh check posting..So tanpa membazirkan saat yang ada, aku terus on9, masuk website, key in nombor IC and poppsss..

8*0*0*-05-5***
Tahniah! Anda ditempatkan di SABAH

Ala..alala..alalala..haiiiii..
Apsal Sabah lak nih?

Mula-lah ter-pikir..Banyak-nye keje tak siap. Malam tu tak lena dah nak tido. Fikir dan fikir dan fikir. Banyak giler kerja yang tak siap. Fikir punya fikir punya fikir, kerja still tak jalan..Tak boleh jadi ni. Awal pagi sok tu bangun tido terus buat senarai barang2 & hal2 yang nak diselesaikan sebelum 'terbang' ke Sabah. Tempoh ada 12 hari. Senarai harian, mingguan semua siap. So esok-nye yang lagi 1 terus balik KL-Selangor. Buat pelbagai kerja yang entah bile nak siap.

KHAMIS
Masih buat senarai & senarai..

JUMAAT
Balik KL. Jumpa lecturers. Jumpe kawan2. Jumpa 'waris'..

SABTU-AHAD
Beli barang2 keperluan + beg bagasi ok..

ISNIN-KHAMIS
Masih jumpe & selesaikan perkara2 ber-bangkit..
Khamis malam tu jugak Mak Abah & family ada buat kenduri doa selamat di masjid. Tak join sebab urusan masih belom selesai.
Packing barang..

JUMAAT
Daddy datang angkut barang naik kereta. Aku balik naik motor; seteah bertahun-tahun tak bawak motor balik kampung. Lenguh jugak la p*nggung.

SABTU
Buat senarai barang-barang keperluan.
Malam baru start packing.

AHAD
Bertolak ke KL; tumpang tido umah abang

ISNIN
Pagi-tengahari; taklimat di Putrajaya
Petang; Pergi rumah makcik & saudara

SELASA
Terbang ke SABAH
Tiba di KK Aiport baru diberitahu lokasi & nama sekolah (tapi ada yg dh tahu inc aku baa)
Malam baru sampai TENOM; 3 jam dari airport

RABU
First day kt sekolah
OK

Wassalam

Tuesday, November 24, 2009

MALAS vs PENING

Serius, aku memang malas giler bulan nih. Bulan depan dah tak boleh malas lagi. Kalau asyik malas, sampai bila-bila pon kerja tak siap-siap!!

Aku ingat sebelum balik kampung raya haji nih, aku kena plan la bulan 12 aku tu nanti. Kalau tidak porak peranda la hidup aku. Nanti mula-lah terkejar sana, terkejar sini, itu tak sempat, ni tak cukup. Minah last-minute ni memang tak pernah serik betol la!!

BTW tadi aku gi Masjid India lagi..hehe..Tapi itu bukan intipati kisah aku hari ni..Semalam aku gi pasar malam dengan kawan aku sorang nih. Lepas tu kitorang plan nak gi pasar malam yang lain pulak petang ni. So OTW balik dari Masjid India tu aku ingat nak terus gi pasar malam tu, tapi disebabkan teringatkan kawan aku tu, aku pun tak jadi pergi dulu (sbb nnt nk g sama2). Lepas tu aku fikir balik, baik aku singgah ofis kawan aku tu ajak gi sama2 lepas tu terus balik keja sama2. Aku pun singgah la ofis kawan aku tu, tapi rupa2nya kawan aku tu dah balik. So aku pun mencanak-canak balik rumah..hehehehehe..

Sampai umah aku tengok kawan aku tengah makan kek. Aku tanya la, "Tak pergi pasar malam ke?" Kawan aku tu cakap, "Tak". Aku tanya lagi, "Eh, bukan semalam cakap nak gi pasar malam sama2 ke?". Kawan aku tu cakap lagi, "Eh takde la". So aku pon apa lagi terus berdesup ke pasar malam beli la laksa, air soya & capati. Sebelum balik tu aku tengok handphone, kot2 kawan aku tu ada nak pesan beli apa2 ke..Oh tiada..Bagos..

Sampai rumah kawan aku tu cakap, "Baru ingat tadi nak suruh belikan laksa. Ko beli ape?" Aku jawab, "Laksa". Aku pon melahap la laksa itu. Oh, sebelum tu aku ada offer kat kawan aku tu. Tetiba kawan aku tu cakap, "Rasa macam nak makan laksa la. Aku ni hantu laksa. Nak gi pasar malam jugak la. Aku kalau boleh nak makan sampai 2. Aku suke giler laksa nih..". Aku diam je la, busy la katakan tengah makan laksa. Tetiba lagi kawan aku tu cakap, "Aku ni kalau boleh tak nak la makan laksa selalu sangat. Ada sorang kawan aku tu suka giler makan laksa. Tetibe (apasal banyak no tetibe nih?), satu hari tu dia masuk hospital, sakit perut. Doktor cakap dia tak boleh makan benda keras, bubur je bole. Aku cakap ni bukan la nak menakutkan-nakutkan ko pulak, aku bagitau je". Aku cakap, "Eh aku bukan makan laksa tiap-tiap hari pon. Sebulan ada la 1-2 kali".

Kesimpulannya aku pening, apa motif kawan aku nih? Tak paham..Kejap cakap hantu laksa, kejap cakap tak boleh makan selalu sangat nanti sakit perut? Tak kisah la, yang penting aku kenyang nih, makan laksa..Burp, alhamdulillah..

Friday, November 20, 2009

Jumaat

Jumaat tetibe rasa nak pergi Jalan Masjid India. So sms N ajak pergi sama, kebetulan N free. N dari Kajang. Janji 1pm di KL Central. So aku pun terus beli tiket LRT ke KL Central. Alih-alih N sms baru naik komuter. Adoi, awat la lambat sangat bagitau. Aku nak singgah Jln TAR jap lepas tu nak berkejar ke Setiawangsa pulak. Nak tukar tiket pon dah tak sempat.

So dari Universiti aku ke KL Central. Turun KL Central ambek tiket naik LRT ke Masjid Jamek. Singgah jap kat Masjid India buat apa-apa yang patut, lepas tu terus ambek tiket & naik LRT ke Setiawangsa. Janji jumpa kawan 2pm. Lepas ambek barang, ambik tiket lagi naik LRT ke Masjid Jamek, jumpe N. Jalan-jalan beli barang kat Masjid India jap. Kemudian naik LRT ke Universiti. Lepas Asar bawa N ronda-ronda U*M, sebab N belom pernah masuk U*M. 6.30pm hantar N ke komuter & aku pon balik rumah..

Sunday, November 15, 2009

TUGAS

Seminggu selepas tamat kolokium, T bagitau CD gambar-gambar masa study aritu dah siap. So aku pon datang la U*M nak ambek CD. Sampai kat sana bukan setakat T, TH, HD, KS, N dan AF pon ada. Eh apahal diorang nih? Ambek CD jugak ke?

Rupa-rupanya diorang ada 'tugas'. Pensyarah penyelia merangkap pensyarah subjek sempena kolokium aritu suruh 'finalized' bahan-bahan kolokium. Diorang ajak aku stay tolong. Sepatutnya ini tugas AJK, habis tu AJK 'hilang', terpaksa-lah kami ber-6 bertungkus lumus. Kitorang budget malam tu bole siap la. So dari fakulti kitorang bergerak ke kolej kediaman. Setelah berbincang, misi pun bermula pukul 4.30 petang. Semua sekali ada 50 kumpulan. Tugas kitorang, 1 kumpulan 1 CD. Setiap CD mesti ada 3 bahan utama yang perlu dikumpulkan iaitu:
1) video (CD video dah ada, cuma cut & rename ikut group)
2) power point presentation (nasib baik AJK dh upload kt megaupload, so download & rename)
3) laporan/artikel kajian (ni memang problem; terpaksa call setiap kumpulan minta tolong emel sebelum 12 malam)

Memang macam-macam hal, setiap kumpulan terdiri dari 2-3 ahli. Ada yang fail ada tapi xde internet so x boleh nak emel. Ada pulak yang internet ada, tapi fail pulak ada pada ahli kumpulan yang xde internet tu. So terpaksa call sana, ym sini, sms sana, emel sini. By azan Subuh kitorang berjaya mem-burn CD untuk 28/50 kumpulan. Subuh tu kitorang yang perempuan tumpang tidur kat rumah sewa kawan kepada kawan manakala yang lelaki tidur kat masjid. Pukul 12 kitorang sambung misi. Alhamdulillah menjelang 4pm 41/50 kumpulan selesai manakala 9 kumpulan lagi terpaksa kitorang submit apa yang ada sahaja.

Walaupun penat, sebab dah la datang sehelai sepinggang; 2 orang dari Pahang, 2 orang dari N9, 1 orang dari Perak & 1 orang dari Selangor, tugas tersebut berjaya disiapkan. Tambahan, semua makanan ditaja oleh tabung 'pertubuhan'.

Sekian, salam..

Tuesday, November 10, 2009

KAWAN KAWEN

Kawan Tunang
Aritu masa kawan aku tunang, 4 hari berturut-turut aku menyibuk kat dia. Sabtu, aku tumpang dia balik rumah. Ahad, aku tolong dia buat persiapan. Isnin kenduri dia tunang. Selasa aku tumpang dia lagi balik KL.

Kawan kawen
Masa dia kawen lak, 2 hari je sempat menyibuk. Jumaat aku tolong buat persiapan, Sabtu kenduri dia kawen.

Kesimpulan
Kawan-kawanku sudah kawen. Sekian..