Tuesday, November 24, 2009

MALAS vs PENING

Serius, aku memang malas giler bulan nih. Bulan depan dah tak boleh malas lagi. Kalau asyik malas, sampai bila-bila pon kerja tak siap-siap!!

Aku ingat sebelum balik kampung raya haji nih, aku kena plan la bulan 12 aku tu nanti. Kalau tidak porak peranda la hidup aku. Nanti mula-lah terkejar sana, terkejar sini, itu tak sempat, ni tak cukup. Minah last-minute ni memang tak pernah serik betol la!!

BTW tadi aku gi Masjid India lagi..hehe..Tapi itu bukan intipati kisah aku hari ni..Semalam aku gi pasar malam dengan kawan aku sorang nih. Lepas tu kitorang plan nak gi pasar malam yang lain pulak petang ni. So OTW balik dari Masjid India tu aku ingat nak terus gi pasar malam tu, tapi disebabkan teringatkan kawan aku tu, aku pun tak jadi pergi dulu (sbb nnt nk g sama2). Lepas tu aku fikir balik, baik aku singgah ofis kawan aku tu ajak gi sama2 lepas tu terus balik keja sama2. Aku pun singgah la ofis kawan aku tu, tapi rupa2nya kawan aku tu dah balik. So aku pun mencanak-canak balik rumah..hehehehehe..

Sampai umah aku tengok kawan aku tengah makan kek. Aku tanya la, "Tak pergi pasar malam ke?" Kawan aku tu cakap, "Tak". Aku tanya lagi, "Eh, bukan semalam cakap nak gi pasar malam sama2 ke?". Kawan aku tu cakap lagi, "Eh takde la". So aku pon apa lagi terus berdesup ke pasar malam beli la laksa, air soya & capati. Sebelum balik tu aku tengok handphone, kot2 kawan aku tu ada nak pesan beli apa2 ke..Oh tiada..Bagos..

Sampai rumah kawan aku tu cakap, "Baru ingat tadi nak suruh belikan laksa. Ko beli ape?" Aku jawab, "Laksa". Aku pon melahap la laksa itu. Oh, sebelum tu aku ada offer kat kawan aku tu. Tetiba kawan aku tu cakap, "Rasa macam nak makan laksa la. Aku ni hantu laksa. Nak gi pasar malam jugak la. Aku kalau boleh nak makan sampai 2. Aku suke giler laksa nih..". Aku diam je la, busy la katakan tengah makan laksa. Tetiba lagi kawan aku tu cakap, "Aku ni kalau boleh tak nak la makan laksa selalu sangat. Ada sorang kawan aku tu suka giler makan laksa. Tetibe (apasal banyak no tetibe nih?), satu hari tu dia masuk hospital, sakit perut. Doktor cakap dia tak boleh makan benda keras, bubur je bole. Aku cakap ni bukan la nak menakutkan-nakutkan ko pulak, aku bagitau je". Aku cakap, "Eh aku bukan makan laksa tiap-tiap hari pon. Sebulan ada la 1-2 kali".

Kesimpulannya aku pening, apa motif kawan aku nih? Tak paham..Kejap cakap hantu laksa, kejap cakap tak boleh makan selalu sangat nanti sakit perut? Tak kisah la, yang penting aku kenyang nih, makan laksa..Burp, alhamdulillah..

Friday, November 20, 2009

Jumaat

Jumaat tetibe rasa nak pergi Jalan Masjid India. So sms N ajak pergi sama, kebetulan N free. N dari Kajang. Janji 1pm di KL Central. So aku pun terus beli tiket LRT ke KL Central. Alih-alih N sms baru naik komuter. Adoi, awat la lambat sangat bagitau. Aku nak singgah Jln TAR jap lepas tu nak berkejar ke Setiawangsa pulak. Nak tukar tiket pon dah tak sempat.

So dari Universiti aku ke KL Central. Turun KL Central ambek tiket naik LRT ke Masjid Jamek. Singgah jap kat Masjid India buat apa-apa yang patut, lepas tu terus ambek tiket & naik LRT ke Setiawangsa. Janji jumpa kawan 2pm. Lepas ambek barang, ambik tiket lagi naik LRT ke Masjid Jamek, jumpe N. Jalan-jalan beli barang kat Masjid India jap. Kemudian naik LRT ke Universiti. Lepas Asar bawa N ronda-ronda U*M, sebab N belom pernah masuk U*M. 6.30pm hantar N ke komuter & aku pon balik rumah..

Sunday, November 15, 2009

TUGAS

Seminggu selepas tamat kolokium, T bagitau CD gambar-gambar masa study aritu dah siap. So aku pon datang la U*M nak ambek CD. Sampai kat sana bukan setakat T, TH, HD, KS, N dan AF pon ada. Eh apahal diorang nih? Ambek CD jugak ke?

Rupa-rupanya diorang ada 'tugas'. Pensyarah penyelia merangkap pensyarah subjek sempena kolokium aritu suruh 'finalized' bahan-bahan kolokium. Diorang ajak aku stay tolong. Sepatutnya ini tugas AJK, habis tu AJK 'hilang', terpaksa-lah kami ber-6 bertungkus lumus. Kitorang budget malam tu bole siap la. So dari fakulti kitorang bergerak ke kolej kediaman. Setelah berbincang, misi pun bermula pukul 4.30 petang. Semua sekali ada 50 kumpulan. Tugas kitorang, 1 kumpulan 1 CD. Setiap CD mesti ada 3 bahan utama yang perlu dikumpulkan iaitu:
1) video (CD video dah ada, cuma cut & rename ikut group)
2) power point presentation (nasib baik AJK dh upload kt megaupload, so download & rename)
3) laporan/artikel kajian (ni memang problem; terpaksa call setiap kumpulan minta tolong emel sebelum 12 malam)

Memang macam-macam hal, setiap kumpulan terdiri dari 2-3 ahli. Ada yang fail ada tapi xde internet so x boleh nak emel. Ada pulak yang internet ada, tapi fail pulak ada pada ahli kumpulan yang xde internet tu. So terpaksa call sana, ym sini, sms sana, emel sini. By azan Subuh kitorang berjaya mem-burn CD untuk 28/50 kumpulan. Subuh tu kitorang yang perempuan tumpang tidur kat rumah sewa kawan kepada kawan manakala yang lelaki tidur kat masjid. Pukul 12 kitorang sambung misi. Alhamdulillah menjelang 4pm 41/50 kumpulan selesai manakala 9 kumpulan lagi terpaksa kitorang submit apa yang ada sahaja.

Walaupun penat, sebab dah la datang sehelai sepinggang; 2 orang dari Pahang, 2 orang dari N9, 1 orang dari Perak & 1 orang dari Selangor, tugas tersebut berjaya disiapkan. Tambahan, semua makanan ditaja oleh tabung 'pertubuhan'.

Sekian, salam..

Tuesday, November 10, 2009

KAWAN KAWEN

Kawan Tunang
Aritu masa kawan aku tunang, 4 hari berturut-turut aku menyibuk kat dia. Sabtu, aku tumpang dia balik rumah. Ahad, aku tolong dia buat persiapan. Isnin kenduri dia tunang. Selasa aku tumpang dia lagi balik KL.

Kawan kawen
Masa dia kawen lak, 2 hari je sempat menyibuk. Jumaat aku tolong buat persiapan, Sabtu kenduri dia kawen.

Kesimpulan
Kawan-kawanku sudah kawen. Sekian..

Takde mood

Salam

Takde Mood

Aritu kawan baik aku kawen. So dah abis semua kawan aku kawen. Sedih giler. Lepas ni dah takde kawan yang single. Rasa teruk sangat..Nak buat kerje pun xde mood. Alasan?

Sedih..

Salam

Thursday, November 5, 2009

ADOI LA

Assalamualaikum & selamat sejahtera

ADOI LA
Apo nak jadi la ni..

Lepas habis praktikal aritu balik kampung jap..Balik KL je terus pergi jumpa beliau..Ye la asyik tanya je bile nak datang. Tapi kita inform tau bile tak datang..Bukan tak nak datang, tapi kalau datang tangan kosong tak syok la..Alih-alih ni datang je terus kena marah baek punya. Beliau bukan marah pasal kerja tak siap, tapi asyik janji nak datang tapi tak datang-datang. Orang Islam ke ni namanya kalau asyik mungkir janji? bla bla..Sedih jugak la..Datang-datang je dah kena marah. Beliau cakap kalau ikutkan memang dah boleh kena kick out, tapi sebab beliau kenal daddy n uncle, beliau bagi peluang lagi..

Tapi bile pikir balik kan, betol jugak..Ape aku buat dah 5 tahun tak siap-siap study nih? Tapi serius la, kalau orang lain penat aku lagi penat tau! Dalam masa 5 tahun ni macam-macam aku buat. Bukannyer ada scholar, that's why la kena kerja nak cari duit. Lepas tu dok keje ke mana, study ke mana. Beliau bukan paham pon.

Lagi satu, beliau marah sangat aku pergi buat dip aritu..hmmmmmmmmm.....

La ni still xde mood nak buat kerja..Adoi la..

Wassalam

Sunday, November 1, 2009

SUDAH HABIS

Salam

Alhamdulillah..

Finally dah habis 3 bulan..

Last day cikgu beria-ia buat kek untuk anak-anak murid, cikgu-cikgu staf pejabat..Tak cukup dengan kek, siap bagi key-chain lagi..Budak2? Jangan harap, ucapan terima kasih pun susah sangat nak dapat. Lafaz minta maaf pulak jangan mimpi la nak dengar. Harapan je la..

Jeles pulak dengar kawan-kawan lain, siap dapat hadiah lagi..Kitorang ni tak kena ngumpat pun dah cukup baik la..Kesimpulannya, agak kurang syok..

Wassalam

Friday, October 30, 2009

HABIS?

Salam

Pejam celik pejam celik dah selesai 10 bulan; 7 bulan belajar + 3 bulan praktikal. Alhamdulillah..

Ikut jadual, selepas tamat praktikal 23 Okt 2009, kitorang ada kolokium 30-31 Okt 2009. Alih-alih sebulan sebelum tu, kitorang dapat tahu kolokium diawalkan; 26-27 Okt 2009. Yang AJK pun buat-buat tak tau je, takde la nak announce tarikh kolokium diawalkan ke ape ke. Diorang just umumkan kolokium pada 26-27 Okt 2009; seolah-olah itulah tarikh yang telah ditetapkan sebelum ni. Semua orang pun macam tak kisah, so buat-buat tak tahu je la. Tapi dalam hati geram oo..Rupa-rupanya ramai yang dah tak sabar nak balik kampung..

Yang kitorang (I&U) ni pun 1 hal, pilih tajuk bab akhir untuk papaer work kitorang. Sudahnya terkontang-kanting-lah nak menyiapkan-nya. Bayangkan 23 Okt 2009 (Jumaat) tu habis praktikal, kitorang baru sibuk-sibuk nak buat mula buat kerja, 26hb (Isnin) tu dah nak kena present. Ha, ambik ko, padan muka. Masa tu memang tak menang tangan dah..

Kolokium kat Putrajaya 26-27hb; Isnin-Selasa, tapi stay kat asrama U*M dari Ahad petang-Rabu pagi. Ahad tu memang sibuk giler. Kitorang plan nak gi U*M lepas at least dah siap half. Alih-alih pukul 6 petang kitorang bertolak dari Puchong ke Bangi, naik motor dengan 4 beg; 2 beg baju+2 beg laptop. Bayangkan, memang senak giler perut. Sampai kat Sg Besi, hujan pulak. So kitorang terpaksa tunggu hingga hujan reda. Finally kitorang sampai kat U*M dah pukul 7 malam. Dapat je bilik terus sambung kerja. Masa tu baru la sibuk nak tukar format kertas kerja; dari bentuk laporan ke artikel. Dalam pada tu kena buat slaid PowerPoint jugak. Finally 2.30 pagi baru tidor. Paper work tak sempat print pon.

Hari 1
3 jam kemudian, 5.30 pagi dah bangun nak siap-siap ke kolokium kat Putrajaya. 6.30 pagi tru ym, minta tolong kawan biasa print-kan paper work..Sepanjang kolokium ni kitorang wajib pakai tudung hitam. Tapi ramai je yang tak amek pusing hal ni sebab AJK cakap pasal kod pakaian ni dah lambat sangat. Lagipun AJK pun ada yang tak ikut arahan, orang lain apatah lagi. I? Of coz ikut selagi mampu kan..Hari pertama kena pakai baju batik rasmi kitorang. Memang tak ready langsung untuk presentation. Dalam hati dah plan, cakap je la apa2 yang patut. 7 pagi dah bertolak ke Putrajaya. Lepas majlis perasmian, terus mula sesi 1; 10-11 pagi diikuti sesi 2; 11-12 tengahari. Majlis perasmian dalam Dewan Perdana, lepas tu staf hotel bahagi-kan dewan tu jadi 3 bilik; A, B & C. Kitorang-nyer turn sesi 2 kat Bilik C. Sesi 1 tu tak berdebar-debar lagi, masuk je sesi 2 dah mula la dah..Akhirnya sampai jugak turn kitorang. Alhamdulillah walaupun tak prepare, kitorang dah buat yang terbaik (?). Ops, debaran belum habis..Lepas lunch & Zuhur, mula pulak sesi 3; 2-3 petang. I jadi MC untuk slot kat Bilik A; handle 5 presentations. Debaran jadi MC memang sangat tidak sama dengan debaran jadi pembentang. Jadi MC rasa macam rileks je, sesuka hati jugak la I bercakap. Skrip memang tidak disediakan, so pepandai MC la nak buat+cakap ape..Habis Hari 1. Petang tu lepas Asar, I&U gi Kajang cari baju utk dinner. Balik tu dalam sibuk-sibuk edit paper work, I sempat lagi 'edit' tudung hitam tu. Hehe..I jahit batu batan kat tepi tudung tu. Bersengkang mata ko dari 12 malam-2 pagi..

Hari 2
Hari 2 agak rileks sebab dah selesai. Just pergi nak dengar, takpun tido je. Tapi, tak sempat tido pon. Pagi tu ada lagi 2 slot; 4 & 5. Kalau ikut jadual, Pukul 12 habis semua 49 pembentangan dalam masa 2 hari. Tapi memang surprised la, habis je pembentangan kertas terakhir kat Bilik C, pengarah kolokium cakap ada 15 pembentangan terpaksa di-present semula. Alamak, masing-masing dah marah+gelabah. Buat pengetahuan, lecturer kitorang tak hadir kolokium sebab ada urusan kat US. So beliau akan bagi markah berdasarkan rakaman video. Hm, selain lecturer tu memang tak ramai lecturer yang hadir ke kolokium ni. 1, sebab kebetulan tarikh tu fakulti pun ada functions jugak. 2, lecturer pun ramai yang gi oversea la, observe students la. 3, awat buat kat Putrajaya? Kolokium master-phd pon depa buat kat fac? So nak tak nak, presentations tetap kena ulang semula. Masa lunch tu memang tak selesa jugak la. Ramai yang cakap, dah bagi all out masa 1st presentation, so utk 2nd presentation feeling tu dah kurang. Tengah makan tu, tetiba kawan datang cakap I jadi MC utk slot kat Bilik A. So sebab jadi MC, automatik kitorang tak payah re-present. So pukul 2 I pon jadi la MC sekali lagi. 3.30 petang semua pembentangan settle. Then staf hotel jadikan balik Bilik A, B, C tu Dewan semula.

Resolusi + Dinner
Mula resolusi. Macam-macam idea. Bagus diorang ni. Tapi masalahnya, yang junior pon nak ambek bahagian jugak, walhal awak baru setahun jagung. Apa-apa pun dekat pukul 5 jugak la semua settle. Balik asrama dok sibok pulak jahit batu batan kat lengan baju & bahagian bawah baju, nak bagi bling bling noo..Petang tu jugak minta tolong adik mai ambek laptop, ringan sikit beban nak balik nanti. Pukul 7 malam baru sudah menjahit. Lepas Maghrib siap-siap, 7.30 dah naik bas utk dinner. Dinner biasa je, makanan tak berapa kena dengan tekak. Persembahan ala kadar+tangkap muat. Faham, masing-masing takde masa nak prepare. Itupun dah kira nasib baik ada yang sudi+volunteer buat persembahan. Overall, kurang seronok sebab takde pun sesi bergambar beramai-ramai. Inisiatif sendiri je la bergambar dengan kawan-kawan. Tema dinner; Malam Seribu Bintang. Warna tema baju; HITAM PUTIH..12.30 malam sampai asrama.

Habis
Hari Rabu tu balik semula ke Puchong. Sedih jugak..Tapi dengan berakhirnya Kolokium & Malam Graduan tu maka berakhir-lah catatan hidup dalam lipatan sejarah hidupku di U*M. Seronok sangat walaupun masanya sangat singkat. Dapat pengalaman baru, ilmu baru, kawan-kawan baru & macam-macam yang baru..

Wassalam

Thursday, October 15, 2009

APA SUDAH JADI

Salam

Apa sudah jadi..

Hari ni ada kelas Biologi 4 Hijau. Semalam kurang bersedia, so hari ini plan nak jadi lebih bersedia. Tapi, finally it end uf worse than yesterday. How come? What happened? Am not so ready lor..

Mentang-mentanglah dah habis kena observe. Cikgu, please remind yourself, you are teacher. If you are not prepared then your students are more not prepared than you..

But try to imagine, the students came late to the class. The time was already 12.50pm when they came in. Actually the class was supposed to finish by 1.45pm, but the students want to go back earlier; by 1.10pm. Eh alloo? Then what do you think I became? I was not very prepared & the students' mood came across. So you know what I did? I explain briefly about all the experiment in chapter 8 from 1 table to 1 table. Then, for the experiments I just made a demo & then explained again. Finally I distributed handouts. So by 1.25pm they went back already maa..The End..

4 Hijau is quite challenging to handle. Half of them are Malay while half of them are Chinese + 1 Indian. Jadi apabila bercakap dengan budak-budak Melayu cikgu selesa ber-Bahasa Melayu but when I talk to Chinese students I used English. So sometimes it's difficult for me to speak English all the time. Another reason is all Malays sit in front while the Chinese sit at the last seat. So seriously I prefer BM..Hua hua..

Apa sudah jadi?

Wassalam

Wednesday, October 14, 2009

Biologi vs Sains

Salam

Semalam dapat arahan daripada ketua jabatan..

"Cikgu, minta tolong ganti guru subjek Biologi kelas 4 Hijau (bukan nama sebenar) ye. Cikgu tolong ajar bab 8 & 9". Maka sepanjang minggu ni, ada 1 kali kelas 4 Biru (bukan nama sebenar), 2 kali kelas 4 Hijau & 1 kali kelas 2 Anggerik (bukan nama sebenar).

4 Biru; Biologi
Hanya 18 dari 38 pelajar sahaja yang hadir ke kelas. Namun begitu, 'Kajian Tindakan' masih tetap dilaksanakan. Kebetulan juga pensyarah penyelia datang buat kali terakhir. Alhamdulillah, observasi tamat. Sedikit kecewa, kehadiran budak-budak tidak seperti yang diharapkan..Huh..

2 Anggerik; Sains
Seriously, disebabkan terlalu memikirkan kelas 4 Hijau, terlupa untuk membuat persediaan untuk kelas 2 Anggerik. Sudahnya cuma bagi jawapan latihan sempena cuti yang lepas. Ada pulak budak yang dah marking sebab ada buku latihan tu. Cheh, apparaa cikgu nih..Seperti biasa budak lelaki Melayu mahu pun Cina tidak memberikan perhatian, hanya sebilangan budak perempuan Melayu & Cina yang nak dengar apa yang cikgu cakap..Nasib badan..

4 Hijau; Biologi
Tidak se-bersedia mana. Nak review whole chapter 8 macam kurang bersedia. So explain sikit lepas tu terus buat eksperimen. Arahan pun kurang jelas. Budak pulak main-main. Akhirnya 'meriah' la kelas. Hopefully besok cikgu lebih bersedia ye..Apo la cikgu nih..Hish, takde idea betol nak plan..

Wassalam

Tuesday, October 13, 2009

CIKGU vs PENSYARAH

Salam

Masa kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi cikgu. Best tengok cikgu mengajar kat depan. Masa cikgu membebel eh bercakap, budak-budak dengar, tengok depan. Lepas tu cikgu jugak boleh conteng, eh tanda buku budak-budak, guna pen merah tau..

Masa sekolah menengah kita tukar cita-cita nak jadi doktor. Cita-cita je yang tukar, cara study 'lupa' nak tukar. Sudahnya result SPM tak cukup bagus nak ambik medical.

So masuk universiti kita tukar cita-cita lagi, nak jadi pensyarah pulak. Pointer cukup makan je. Lepas degree kita sambung pulak Master. Tapi disebabkan tiada scholar, masa Master kita buat macam-macam kerja sampingan sehinggakan study pun entah ke mana. Lepas 4 tahun, Master masih belum habis.

Kebetulan masa tu mana-mana kita pergi atau sesiapa yang kita jumpa; baik saudara mara, jiran tetangga malah kat pasar malam sekalipun, orang ingat+panggil kita cikgu. Kita senyum je lah. Tapi lepas dapat cadangan daripada kawanku k-ilah, aku pun cuba mohon diploma & alhamdulillah berjaya dalam percubaan kali pertama. Bukan senang nak dapat tau. Dalam 15 000 permohonan, hanya 6 000 je kot yang diterima.

So that' why I'm here now :) Tapi aku still nak jadi pensyarah!

Wassalam

Monday, October 12, 2009

OGOS

Salam

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan padanya
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai memujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk bertenang
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih dan penyayang
Suka mencari kawan

Wassalam

Sunday, October 11, 2009

MERAH

Salam

MERAH

Positif
Berani, jujur, berdisiplin dan tegas.
Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka.
Senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

Negatif
Mempunyai perasaan dendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Sumber: http://ftmk.upsi.edu.my/~s25118/warna/2nd_page.html

Wassalam

Saturday, October 10, 2009

101010

101010

2 tahun lepas aku book 080808..
Sampai masanya adik aku 'rampas' tarikh tu..Habis tu dah aku lambek bona, nak buek cemano? Lagipun dah jodoh diorang..

Lepas tu aku ingat nak 'cop' 090909 pulak..Sekali tu dah la hari Rabu, bulan poso pulak tu. Kang ado pulak yang tak pueh ati eh..Tapi orang Cina ramai je yang kahwin 090909 aritu. Banyak ONG maa..Oo, diorang tak puasa..Kebetulan jugak masa tu aku masuk study balik, so confirm tak boleh kahwin sebab bolom ado duit..

Dengan sukacitanya sekarang aku nak book 101010 pulak. Hari Ahad, cantik tu..Ok, tarikh dah ada..Lepas ni aku nak gi carik pengantin lelaki pulak. Ahaks..

Wassalam

Friday, October 9, 2009

HANG ON

Salam

Hang on..
Sabar sabar..
2 minggu je lagi..

1
3 hari lepas kebetulan tiba di sekolah 'saing' dengan PK Akademik.

PK: Cikgu ajar 4 Biru (bukan nama sebenar) ye?
Aku: Ya Puan..
PK: Budak-budak 4 Biru tu suka sangat-sangat dengan cikgu..
Aku: O ye ke?
PK: Budak-budak 4 Biru tu lain sikit, a bit choosy. Diorang ni tengok cikgu, kalau diorang tak suka dengan cikgu tu, diorang tak mo masuk kelas, tak mo belajar..
Aku: Oo..
PK: Tapi dengan Cikgu lain..
Aku: Tapi Puan, diorang ni selalu je datang lambat ke kelas saya..
PK: Hmm biasa la tu..

2
Sehari selepas tu

PK: Cikgu, lepas praktikal ni Cikgu ke mana?
Aku: Tunggu posting Puan..
PK: Oo..Cikgu mintak mana?
Aku: (Sambil tersenyum) Hmm, biasa la Puan. Minta bertugas kat negeri sendiri..hehe..
PK: Eh, awat tak mintak sini? Cikgu mintak la kat sekolah ni..
Aku: (Senyum)

3
Sehari kemudian pulak, dengan berkobar-berkobar aku sengaja meminta untuk relief kelas 4 Biru. Tujuanku tidak lain, untuk menghabiskan silibus Biologi Tingkatan 4. Namun alangkah hampanya aku kerana..

Aku: Class..Today I want to discuss the results of our last experiments.
Budak-budak: No Teacher, we don't want to learn today.
Aku: In that case, you just listen. I'm giving you all the answers. You just hear and try to understand? Is it ok?
Budak-budak: No Teacher, we don't want to study at all. We want to play..

What to do? At the end, I only distributed the 'printed+photostat answers'. No discussion.

4
Hari ni ada kelas. Aku dah planned (seperti dalam RPH) nak buat perbincangan dalam kumpulan. Aku bagi artikel, budak-budak cari causes & effects of the human activities that endangered an ecosystem. Namun begitu, 'kemalangan-ku' berterusan. Kelas bermula setengah jam lewat gara-gara miss-timetable. Ada ke patut ada cikgu relief masuk kelas 4 Biru? Dah la lambat, 21 orang budak je yang hadir. Akhirnya, perbincangan terpaksa ditangguhkan. Harap-harap minggu depan budak-budak ni datang sekolah. Ada ura-ura diorang nak ponteng. Geram! Cikgu je yang terhegeh-hegeh, budak-budak tak nak belajar pun.

So, aku pun fikir balik..
Betul ke budak-budak 4 Biru tu suka aku ajar diorang? Atau diorang ni saja je buat-buat cerita? Motif?

Wassalam

Saturday, September 19, 2009

AKU BUKAN KAMU

Salam

AKU BUKAN KAMU

Aku
Aku adalah aku
Tiada siapa yang dapat menjadi aku
Selain aku

Aku
Aku memang aku
Tiada siapa yang telah menjadi aku
Selain aku

Aku
Aku tetap aku
Tiada siapa yang akan menjadi aku
Selain aku

Aku-lah aku
Aku Bukan Kamu

Sajak ini kutulis pada tahun 2000, secara tidak sengaja. Kebetulan ketika itu seorang rakan 1U meminta bantuanku untuk menghasilkan sajak untuk assignment-nya. Maka dengan idea & bakat 'terendam' aku pun menulis sajak ini. Aku sangat berpuas hati (?), namun aku tidak pasti samada rakanku itu 'meng-assignment-kan' sajak ini ataupun tidak. Setelah 9 tahun, sajak ini masih kusayang (?), walaupun 2 baris terakhir sering kusesuaikan dengan keadaan (?).

Info
1U: satu universiti

Wassalam

Tuesday, July 28, 2009

PRAKTIKAL

Salam

Praktikal..

Bukan kali pertama praktikal. Sebelum ini aku pernah praktikal kat hospital. Kali ni lain, kat sekolah pulak..Ya, kat sekolah..Sebuah sekolah menengah dalam kawasan Lembah Kelang. Tapi bukan di Klang Selangor..

Minggu pertama di SMKB (bukan nama sebenar)..
Amboi, boleh tahan jugak sekolah ni. Walaupun terdapat >1600 orang pelajar, sekolah ini hanya 1 sesi! Maka cuba bayangkan, 1 kelas menempatkan sehingga hampir 40 orang pelajar, kelas pula tidak sebesar mana. Budak-budak pulak bukan main lasak, + suko bona bercakap..Poning kepalo den..Dari mata kasar, hampir 65% pelajar sekolah ni terdiri daripada Cina. Namun begitu hampir 65% guru pula adalah Melayu. Hmm, fikirlah sendiri..

Dalam kawasan ini, SMKB merupakan sekolah terbaik dari segi akademik & disiplin pelajar. Mak oii bia boto? Tak tahu-lah pulak dari segi mana atau sistem piawai apa yang digunakan oleh mereka dalam menentukan 'tahap' tersebut. Hanya jauhari yang mengenal menikam..Ahaks..

Selamat ber-perang..Eh silap, selamat ber-praktikal..

Wassalam

Thursday, July 9, 2009

SALAM

Salam

Tiada tempat mengadu..
Sebab tu aku terpaksa menulis blog ni..
Mungkin bila ketemu..
Blog ni terbiar sepi..

Segalanya mungkin..

Wassalam