Wednesday, October 14, 2009

Biologi vs Sains

Salam

Semalam dapat arahan daripada ketua jabatan..

"Cikgu, minta tolong ganti guru subjek Biologi kelas 4 Hijau (bukan nama sebenar) ye. Cikgu tolong ajar bab 8 & 9". Maka sepanjang minggu ni, ada 1 kali kelas 4 Biru (bukan nama sebenar), 2 kali kelas 4 Hijau & 1 kali kelas 2 Anggerik (bukan nama sebenar).

4 Biru; Biologi
Hanya 18 dari 38 pelajar sahaja yang hadir ke kelas. Namun begitu, 'Kajian Tindakan' masih tetap dilaksanakan. Kebetulan juga pensyarah penyelia datang buat kali terakhir. Alhamdulillah, observasi tamat. Sedikit kecewa, kehadiran budak-budak tidak seperti yang diharapkan..Huh..

2 Anggerik; Sains
Seriously, disebabkan terlalu memikirkan kelas 4 Hijau, terlupa untuk membuat persediaan untuk kelas 2 Anggerik. Sudahnya cuma bagi jawapan latihan sempena cuti yang lepas. Ada pulak budak yang dah marking sebab ada buku latihan tu. Cheh, apparaa cikgu nih..Seperti biasa budak lelaki Melayu mahu pun Cina tidak memberikan perhatian, hanya sebilangan budak perempuan Melayu & Cina yang nak dengar apa yang cikgu cakap..Nasib badan..

4 Hijau; Biologi
Tidak se-bersedia mana. Nak review whole chapter 8 macam kurang bersedia. So explain sikit lepas tu terus buat eksperimen. Arahan pun kurang jelas. Budak pulak main-main. Akhirnya 'meriah' la kelas. Hopefully besok cikgu lebih bersedia ye..Apo la cikgu nih..Hish, takde idea betol nak plan..

Wassalam

No comments:

Post a Comment