Tuesday, October 13, 2009

CIKGU vs PENSYARAH

Salam

Masa kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi cikgu. Best tengok cikgu mengajar kat depan. Masa cikgu membebel eh bercakap, budak-budak dengar, tengok depan. Lepas tu cikgu jugak boleh conteng, eh tanda buku budak-budak, guna pen merah tau..

Masa sekolah menengah kita tukar cita-cita nak jadi doktor. Cita-cita je yang tukar, cara study 'lupa' nak tukar. Sudahnya result SPM tak cukup bagus nak ambik medical.

So masuk universiti kita tukar cita-cita lagi, nak jadi pensyarah pulak. Pointer cukup makan je. Lepas degree kita sambung pulak Master. Tapi disebabkan tiada scholar, masa Master kita buat macam-macam kerja sampingan sehinggakan study pun entah ke mana. Lepas 4 tahun, Master masih belum habis.

Kebetulan masa tu mana-mana kita pergi atau sesiapa yang kita jumpa; baik saudara mara, jiran tetangga malah kat pasar malam sekalipun, orang ingat+panggil kita cikgu. Kita senyum je lah. Tapi lepas dapat cadangan daripada kawanku k-ilah, aku pun cuba mohon diploma & alhamdulillah berjaya dalam percubaan kali pertama. Bukan senang nak dapat tau. Dalam 15 000 permohonan, hanya 6 000 je kot yang diterima.

So that' why I'm here now :) Tapi aku still nak jadi pensyarah!

Wassalam

No comments:

Post a Comment