Friday, October 9, 2009

HANG ON

Salam

Hang on..
Sabar sabar..
2 minggu je lagi..

1
3 hari lepas kebetulan tiba di sekolah 'saing' dengan PK Akademik.

PK: Cikgu ajar 4 Biru (bukan nama sebenar) ye?
Aku: Ya Puan..
PK: Budak-budak 4 Biru tu suka sangat-sangat dengan cikgu..
Aku: O ye ke?
PK: Budak-budak 4 Biru tu lain sikit, a bit choosy. Diorang ni tengok cikgu, kalau diorang tak suka dengan cikgu tu, diorang tak mo masuk kelas, tak mo belajar..
Aku: Oo..
PK: Tapi dengan Cikgu lain..
Aku: Tapi Puan, diorang ni selalu je datang lambat ke kelas saya..
PK: Hmm biasa la tu..

2
Sehari selepas tu

PK: Cikgu, lepas praktikal ni Cikgu ke mana?
Aku: Tunggu posting Puan..
PK: Oo..Cikgu mintak mana?
Aku: (Sambil tersenyum) Hmm, biasa la Puan. Minta bertugas kat negeri sendiri..hehe..
PK: Eh, awat tak mintak sini? Cikgu mintak la kat sekolah ni..
Aku: (Senyum)

3
Sehari kemudian pulak, dengan berkobar-berkobar aku sengaja meminta untuk relief kelas 4 Biru. Tujuanku tidak lain, untuk menghabiskan silibus Biologi Tingkatan 4. Namun alangkah hampanya aku kerana..

Aku: Class..Today I want to discuss the results of our last experiments.
Budak-budak: No Teacher, we don't want to learn today.
Aku: In that case, you just listen. I'm giving you all the answers. You just hear and try to understand? Is it ok?
Budak-budak: No Teacher, we don't want to study at all. We want to play..

What to do? At the end, I only distributed the 'printed+photostat answers'. No discussion.

4
Hari ni ada kelas. Aku dah planned (seperti dalam RPH) nak buat perbincangan dalam kumpulan. Aku bagi artikel, budak-budak cari causes & effects of the human activities that endangered an ecosystem. Namun begitu, 'kemalangan-ku' berterusan. Kelas bermula setengah jam lewat gara-gara miss-timetable. Ada ke patut ada cikgu relief masuk kelas 4 Biru? Dah la lambat, 21 orang budak je yang hadir. Akhirnya, perbincangan terpaksa ditangguhkan. Harap-harap minggu depan budak-budak ni datang sekolah. Ada ura-ura diorang nak ponteng. Geram! Cikgu je yang terhegeh-hegeh, budak-budak tak nak belajar pun.

So, aku pun fikir balik..
Betul ke budak-budak 4 Biru tu suka aku ajar diorang? Atau diorang ni saja je buat-buat cerita? Motif?

Wassalam

No comments:

Post a Comment