Salam
Pejam celik pejam celik dah selesai 10 bulan; 7 bulan belajar + 3 bulan praktikal. Alhamdulillah..
Ikut jadual, selepas tamat praktikal 23 Okt 2009, kitorang ada kolokium 30-31 Okt 2009. Alih-alih sebulan sebelum tu, kitorang dapat tahu kolokium diawalkan; 26-27 Okt 2009. Yang AJK pun buat-buat tak tau je, takde la nak announce tarikh kolokium diawalkan ke ape ke. Diorang just umumkan kolokium pada 26-27 Okt 2009; seolah-olah itulah tarikh yang telah ditetapkan sebelum ni. Semua orang pun macam tak kisah, so buat-buat tak tahu je la. Tapi dalam hati geram oo..Rupa-rupanya ramai yang dah tak sabar nak balik kampung..
Yang kitorang (I&U) ni pun 1 hal, pilih tajuk bab akhir untuk papaer work kitorang. Sudahnya terkontang-kanting-lah nak menyiapkan-nya. Bayangkan 23 Okt 2009 (Jumaat) tu habis praktikal, kitorang baru sibuk-sibuk nak buat mula buat kerja, 26hb (Isnin) tu dah nak kena present. Ha, ambik ko, padan muka. Masa tu memang tak menang tangan dah..
Kolokium kat Putrajaya 26-27hb; Isnin-Selasa, tapi stay kat asrama U*M dari Ahad petang-Rabu pagi. Ahad tu memang sibuk giler. Kitorang plan nak gi U*M lepas at least dah siap half. Alih-alih pukul 6 petang kitorang bertolak dari Puchong ke Bangi, naik motor dengan 4 beg; 2 beg baju+2 beg laptop. Bayangkan, memang senak giler perut. Sampai kat Sg Besi, hujan pulak. So kitorang terpaksa tunggu hingga hujan reda. Finally kitorang sampai kat U*M dah pukul 7 malam. Dapat je bilik terus sambung kerja. Masa tu baru la sibuk nak tukar format kertas kerja; dari bentuk laporan ke artikel. Dalam pada tu kena buat slaid PowerPoint jugak. Finally 2.30 pagi baru tidor. Paper work tak sempat print pon.
Hari 1
3 jam kemudian, 5.30 pagi dah bangun nak siap-siap ke kolokium kat Putrajaya. 6.30 pagi tru ym, minta tolong kawan biasa print-kan paper work..Sepanjang kolokium ni kitorang wajib pakai tudung hitam. Tapi ramai je yang tak amek pusing hal ni sebab AJK cakap pasal kod pakaian ni dah lambat sangat. Lagipun AJK pun ada yang tak ikut arahan, orang lain apatah lagi. I? Of coz ikut selagi mampu kan..Hari pertama kena pakai baju batik rasmi kitorang. Memang tak ready langsung untuk presentation. Dalam hati dah plan, cakap je la apa2 yang patut. 7 pagi dah bertolak ke Putrajaya. Lepas majlis perasmian, terus mula sesi 1; 10-11 pagi diikuti sesi 2; 11-12 tengahari. Majlis perasmian dalam Dewan Perdana, lepas tu staf hotel bahagi-kan dewan tu jadi 3 bilik; A, B & C. Kitorang-nyer turn sesi 2 kat Bilik C. Sesi 1 tu tak berdebar-debar lagi, masuk je sesi 2 dah mula la dah..Akhirnya sampai jugak turn kitorang. Alhamdulillah walaupun tak prepare, kitorang dah buat yang terbaik (?). Ops, debaran belum habis..Lepas lunch & Zuhur, mula pulak sesi 3; 2-3 petang. I jadi MC untuk slot kat Bilik A; handle 5 presentations. Debaran jadi MC memang sangat tidak sama dengan debaran jadi pembentang. Jadi MC rasa macam rileks je, sesuka hati jugak la I bercakap. Skrip memang tidak disediakan, so pepandai MC la nak buat+cakap ape..Habis Hari 1. Petang tu lepas Asar, I&U gi Kajang cari baju utk dinner. Balik tu dalam sibuk-sibuk edit paper work, I sempat lagi 'edit' tudung hitam tu. Hehe..I jahit batu batan kat tepi tudung tu. Bersengkang mata ko dari 12 malam-2 pagi..
Hari 2
Hari 2 agak rileks sebab dah selesai. Just pergi nak dengar, takpun tido je. Tapi, tak sempat tido pon. Pagi tu ada lagi 2 slot; 4 & 5. Kalau ikut jadual, Pukul 12 habis semua 49 pembentangan dalam masa 2 hari. Tapi memang surprised la, habis je pembentangan kertas terakhir kat Bilik C, pengarah kolokium cakap ada 15 pembentangan terpaksa di-present semula. Alamak, masing-masing dah marah+gelabah. Buat pengetahuan, lecturer kitorang tak hadir kolokium sebab ada urusan kat US. So beliau akan bagi markah berdasarkan rakaman video. Hm, selain lecturer tu memang tak ramai lecturer yang hadir ke kolokium ni. 1, sebab kebetulan tarikh tu fakulti pun ada functions jugak. 2, lecturer pun ramai yang gi oversea la, observe students la. 3, awat buat kat Putrajaya? Kolokium master-phd pon depa buat kat fac? So nak tak nak, presentations tetap kena ulang semula. Masa lunch tu memang tak selesa jugak la. Ramai yang cakap, dah bagi all out masa 1st presentation, so utk 2nd presentation feeling tu dah kurang. Tengah makan tu, tetiba kawan datang cakap I jadi MC utk slot kat Bilik A. So sebab jadi MC, automatik kitorang tak payah re-present. So pukul 2 I pon jadi la MC sekali lagi. 3.30 petang semua pembentangan settle. Then staf hotel jadikan balik Bilik A, B, C tu Dewan semula.
Resolusi + Dinner
Mula resolusi. Macam-macam idea. Bagus diorang ni. Tapi masalahnya, yang junior pon nak ambek bahagian jugak, walhal awak baru setahun jagung. Apa-apa pun dekat pukul 5 jugak la semua settle. Balik asrama dok sibok pulak jahit batu batan kat lengan baju & bahagian bawah baju, nak bagi bling bling noo..Petang tu jugak minta tolong adik mai ambek laptop, ringan sikit beban nak balik nanti. Pukul 7 malam baru sudah menjahit. Lepas Maghrib siap-siap, 7.30 dah naik bas utk dinner. Dinner biasa je, makanan tak berapa kena dengan tekak. Persembahan ala kadar+tangkap muat. Faham, masing-masing takde masa nak prepare. Itupun dah kira nasib baik ada yang sudi+volunteer buat persembahan. Overall, kurang seronok sebab takde pun sesi bergambar beramai-ramai. Inisiatif sendiri je la bergambar dengan kawan-kawan. Tema dinner; Malam Seribu Bintang. Warna tema baju; HITAM PUTIH..12.30 malam sampai asrama.
Habis
Hari Rabu tu balik semula ke Puchong. Sedih jugak..Tapi dengan berakhirnya Kolokium & Malam Graduan tu maka berakhir-lah catatan hidup dalam lipatan sejarah hidupku di U*M. Seronok sangat walaupun masanya sangat singkat. Dapat pengalaman baru, ilmu baru, kawan-kawan baru & macam-macam yang baru..
Wassalam
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment