Friday, November 20, 2009

Jumaat

Jumaat tetibe rasa nak pergi Jalan Masjid India. So sms N ajak pergi sama, kebetulan N free. N dari Kajang. Janji 1pm di KL Central. So aku pun terus beli tiket LRT ke KL Central. Alih-alih N sms baru naik komuter. Adoi, awat la lambat sangat bagitau. Aku nak singgah Jln TAR jap lepas tu nak berkejar ke Setiawangsa pulak. Nak tukar tiket pon dah tak sempat.

So dari Universiti aku ke KL Central. Turun KL Central ambek tiket naik LRT ke Masjid Jamek. Singgah jap kat Masjid India buat apa-apa yang patut, lepas tu terus ambek tiket & naik LRT ke Setiawangsa. Janji jumpa kawan 2pm. Lepas ambek barang, ambik tiket lagi naik LRT ke Masjid Jamek, jumpe N. Jalan-jalan beli barang kat Masjid India jap. Kemudian naik LRT ke Universiti. Lepas Asar bawa N ronda-ronda U*M, sebab N belom pernah masuk U*M. 6.30pm hantar N ke komuter & aku pon balik rumah..

No comments:

Post a Comment