Seminggu selepas tamat kolokium, T bagitau CD gambar-gambar masa study aritu dah siap. So aku pon datang la U*M nak ambek CD. Sampai kat sana bukan setakat T, TH, HD, KS, N dan AF pon ada. Eh apahal diorang nih? Ambek CD jugak ke?
Rupa-rupanya diorang ada 'tugas'. Pensyarah penyelia merangkap pensyarah subjek sempena kolokium aritu suruh 'finalized' bahan-bahan kolokium. Diorang ajak aku stay tolong. Sepatutnya ini tugas AJK, habis tu AJK 'hilang', terpaksa-lah kami ber-6 bertungkus lumus. Kitorang budget malam tu bole siap la. So dari fakulti kitorang bergerak ke kolej kediaman. Setelah berbincang, misi pun bermula pukul 4.30 petang. Semua sekali ada 50 kumpulan. Tugas kitorang, 1 kumpulan 1 CD. Setiap CD mesti ada 3 bahan utama yang perlu dikumpulkan iaitu:
1) video (CD video dah ada, cuma cut & rename ikut group)
2) power point presentation (nasib baik AJK dh upload kt megaupload, so download & rename)
3) laporan/artikel kajian (ni memang problem; terpaksa call setiap kumpulan minta tolong emel sebelum 12 malam)
Memang macam-macam hal, setiap kumpulan terdiri dari 2-3 ahli. Ada yang fail ada tapi xde internet so x boleh nak emel. Ada pulak yang internet ada, tapi fail pulak ada pada ahli kumpulan yang xde internet tu. So terpaksa call sana, ym sini, sms sana, emel sini. By azan Subuh kitorang berjaya mem-burn CD untuk 28/50 kumpulan. Subuh tu kitorang yang perempuan tumpang tidur kat rumah sewa kawan kepada kawan manakala yang lelaki tidur kat masjid. Pukul 12 kitorang sambung misi. Alhamdulillah menjelang 4pm 41/50 kumpulan selesai manakala 9 kumpulan lagi terpaksa kitorang submit apa yang ada sahaja.
Walaupun penat, sebab dah la datang sehelai sepinggang; 2 orang dari Pahang, 2 orang dari N9, 1 orang dari Perak & 1 orang dari Selangor, tugas tersebut berjaya disiapkan. Tambahan, semua makanan ditaja oleh tabung 'pertubuhan'.
Sekian, salam..
Sunday, November 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment