Monday, March 15, 2010

PAHANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Cuti hanya 10 hari. Plan asal aku ialah uruskan kerja di KL, lepas tu balik kampung, lepas tu terus bertolak kembali ke KL>Sabah. Tapi atas permintaan ramai (ache cheh..), aku 'edit' plan balik kampung-ku itu. So tiba di KL Jumaat 2110, terus pulang ke Johol n9, sebab esoknya nak ke Pahang; melawat si budak bertuah; IMAH..

130310
Plan aku (tidak habis2 mem-plan?), bertolak seawal mungkin; 7am? 8am?, sebab 1830-2000 aku nak tengok 8tv; Down With Love. Siap 'booking' tv lagi sebelum bertolak ke Pahang tu. Maklum la tak nak la main2 rebut2 ni, so aku cop dulu..kahkahkah..Kakak mengalahkan adik3..hehe..Ooo, cakap pasal bertolak ni, kami sekeluarga memang biasa mengamalkan pukul SIAP iaitu pukul berapa kitorang SIAP, pukul itu-lah kitorang bertolak. Akibat kepenatan malam semalam (kitorang sampai rumah kol 12 tengah malam), 1030 pagi baru bertolak ke Pahang. Abah sudah marah2. Abah cakap lambek poie nanti lambek balik. Rombongan Cikgu Samsun ke KMP kali ini diwakili oleh Cikgu Samsun selaku 1st driver, Pidah 2nd driver, aku selaku tetamu khas yg tak mungkin jadi 3rd driver sebab dah ada 2 driver otai serta Radz si adik bongsu; selaku adik tunggal si budak bertuah IMAH.

Alhamdulillah perjalanan pergi & balik sangat lancar berbekalkan kecekapan pemanduan 2 driver yang otai (seperti yang telah dimaklumkan di atas). 1030 dari Johl n9, 1400 di KMP. Usai solat jamak taqdim Zuhur & Asar serta lunch bersama si budak bertuah IMAH, kami bergegas pulang ke kampung halaman (hikhikhik). Awal2 lagi Abah dah cakap kita akan sedikit lewat Ye memang tepat sekali, 1600 dari KMP, 1900 kami tiba di rumah.

Setibanya di rumah, aku menghadap tv, rehat kejap lepas tu terus tertidur hingga ke pagi. Sekali lagi, 430 bangun solat. Sungguh penat.

140310
Esok-nye tidak mampu ke kenduri kawan di PD n9. Bangun pagi basuh baju & sediakan lunch Penat masih belum hilang. So cancel untuk ke KL pada hari tersebut. Si Pidah je la balik KL naik bas. Malam tu ikut Mak ke kenduri doa selamat kawan; SITI yang due lagi 2 bulan. Siti mungkin dapat anak lelaki.

150310
Hari ni masih penat,kerja pun belom siap. So post poned lagi ke KL. Ala apo nih..So malam ni plan nak buek kojo. Sok nak pergi KL. Jumaat balik n9. Sabtu ke KL. Ahad kembali ke Sabah baa..

Wassalam

Friday, March 12, 2010

CUTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Asslamualaikum & selamat sejahtera..

Sejak seminggu lepas, sudah tidak sabar-sabar mahu balik kampung. Kalau boleh nak buat 'countdown'. Erk, akceli alomst setiap hari dok edit status kt fb. Sangat teruja mau pulang baa..Ini 1stime balik kampung sejak ber-hijrah 1.5 bulan lepas..eheh..

Pada awalnya tidak plan pun nak balik kampung, since gaji pon lom dapat. So at first i planned nak jalan-jalan sekitar KK. Sejak tiba di Sabah, belum pernah pusing KK..
Namun begitu atas urusan yang belum selesai, ku-terpaksa jua pulang ke Semenanjung Malaysia. Berbekalkan 'duit pinjam' I pun beli la tiket flight. Rancangan asal balik ber-2, lepas tu ber-3, akhir sekali ber-2..Tapi dari Tenom-KK kitorang naik teksi ber-4; tidak termasuk 'uncle taxi' baa..

120310
Malam tu dah 70% packing. Pagi tu 430 da bangun. Update status fb, then pack laptop. Personal items seperti purse, handphone, pendrives etc balik dari kerja baru boleh sumbat dalam beg. 615 dah pergi kerja. Seperti biasa, Jumaat full. Kelas dah la full, tambah dengan aktiviti fotostat+urgent meeting lagi..Serius Jumaat yang busy dari biasa. 12pm dah bersedia balik kerja. Sampai rumah 1220. Packing for da lastime, angkat+lipat baju dari ampaian, minum susu+oat (nak lunch; makan mi segera da tak sempat), solat Zuhur & finally bersiap-siap. 1300 dah mula menunggu teksi di bustop. 1330 baru teksi sampai & terus meluncur ke KKIA2. 1545 tiba di KKIA2. Solat Asar & lunch @KFC. 1730 check in. 1830 masuk departure. 5 minit sebelum fly, diarahkan masuk ke dalam flight. 1900 terbang KK-KL.

Jangkaan awal tiba di KL 2125-2130. Walaupun cuaca tidak berapa baik, dengan kelajuan 380km/jam+juruterbang yang terror, kami tiba di KL pada 2110. Punya la ingatkan sudah ada orang tunggu, rupa-rupanya 2200 baru Abah, Mak. Pidah & Radz jemput; diorang lost in the city. Aiyo. Sungguh penat k. Sementara menunggu tu nak makan aiskrim McD; mesin rosak la pulak. Adoi aii. Otw balik ke N9 tu singgah di 7-11 Rembau beli aiskrim; jangan tak ado. 2359 tiba di Johol, beberapa minit selepas tu terus terlelap depan tv. 500 pagi bangun solat jamak Maghrib-Isyak.

Sunday, January 31, 2010

What? SABAH?

Assalamualaikum & salam sejahtera..

RABU 130110
Kawan cakap dah boleh check posting..So tanpa membazirkan saat yang ada, aku terus on9, masuk website, key in nombor IC and poppsss..

8*0*0*-05-5***
Tahniah! Anda ditempatkan di SABAH

Ala..alala..alalala..haiiiii..
Apsal Sabah lak nih?

Mula-lah ter-pikir..Banyak-nye keje tak siap. Malam tu tak lena dah nak tido. Fikir dan fikir dan fikir. Banyak giler kerja yang tak siap. Fikir punya fikir punya fikir, kerja still tak jalan..Tak boleh jadi ni. Awal pagi sok tu bangun tido terus buat senarai barang2 & hal2 yang nak diselesaikan sebelum 'terbang' ke Sabah. Tempoh ada 12 hari. Senarai harian, mingguan semua siap. So esok-nye yang lagi 1 terus balik KL-Selangor. Buat pelbagai kerja yang entah bile nak siap.

KHAMIS
Masih buat senarai & senarai..

JUMAAT
Balik KL. Jumpa lecturers. Jumpe kawan2. Jumpa 'waris'..

SABTU-AHAD
Beli barang2 keperluan + beg bagasi ok..

ISNIN-KHAMIS
Masih jumpe & selesaikan perkara2 ber-bangkit..
Khamis malam tu jugak Mak Abah & family ada buat kenduri doa selamat di masjid. Tak join sebab urusan masih belom selesai.
Packing barang..

JUMAAT
Daddy datang angkut barang naik kereta. Aku balik naik motor; seteah bertahun-tahun tak bawak motor balik kampung. Lenguh jugak la p*nggung.

SABTU
Buat senarai barang-barang keperluan.
Malam baru start packing.

AHAD
Bertolak ke KL; tumpang tido umah abang

ISNIN
Pagi-tengahari; taklimat di Putrajaya
Petang; Pergi rumah makcik & saudara

SELASA
Terbang ke SABAH
Tiba di KK Aiport baru diberitahu lokasi & nama sekolah (tapi ada yg dh tahu inc aku baa)
Malam baru sampai TENOM; 3 jam dari airport

RABU
First day kt sekolah
OK

Wassalam