Monday, March 15, 2010

PAHANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Cuti hanya 10 hari. Plan asal aku ialah uruskan kerja di KL, lepas tu balik kampung, lepas tu terus bertolak kembali ke KL>Sabah. Tapi atas permintaan ramai (ache cheh..), aku 'edit' plan balik kampung-ku itu. So tiba di KL Jumaat 2110, terus pulang ke Johol n9, sebab esoknya nak ke Pahang; melawat si budak bertuah; IMAH..

130310
Plan aku (tidak habis2 mem-plan?), bertolak seawal mungkin; 7am? 8am?, sebab 1830-2000 aku nak tengok 8tv; Down With Love. Siap 'booking' tv lagi sebelum bertolak ke Pahang tu. Maklum la tak nak la main2 rebut2 ni, so aku cop dulu..kahkahkah..Kakak mengalahkan adik3..hehe..Ooo, cakap pasal bertolak ni, kami sekeluarga memang biasa mengamalkan pukul SIAP iaitu pukul berapa kitorang SIAP, pukul itu-lah kitorang bertolak. Akibat kepenatan malam semalam (kitorang sampai rumah kol 12 tengah malam), 1030 pagi baru bertolak ke Pahang. Abah sudah marah2. Abah cakap lambek poie nanti lambek balik. Rombongan Cikgu Samsun ke KMP kali ini diwakili oleh Cikgu Samsun selaku 1st driver, Pidah 2nd driver, aku selaku tetamu khas yg tak mungkin jadi 3rd driver sebab dah ada 2 driver otai serta Radz si adik bongsu; selaku adik tunggal si budak bertuah IMAH.

Alhamdulillah perjalanan pergi & balik sangat lancar berbekalkan kecekapan pemanduan 2 driver yang otai (seperti yang telah dimaklumkan di atas). 1030 dari Johl n9, 1400 di KMP. Usai solat jamak taqdim Zuhur & Asar serta lunch bersama si budak bertuah IMAH, kami bergegas pulang ke kampung halaman (hikhikhik). Awal2 lagi Abah dah cakap kita akan sedikit lewat Ye memang tepat sekali, 1600 dari KMP, 1900 kami tiba di rumah.

Setibanya di rumah, aku menghadap tv, rehat kejap lepas tu terus tertidur hingga ke pagi. Sekali lagi, 430 bangun solat. Sungguh penat.

140310
Esok-nye tidak mampu ke kenduri kawan di PD n9. Bangun pagi basuh baju & sediakan lunch Penat masih belum hilang. So cancel untuk ke KL pada hari tersebut. Si Pidah je la balik KL naik bas. Malam tu ikut Mak ke kenduri doa selamat kawan; SITI yang due lagi 2 bulan. Siti mungkin dapat anak lelaki.

150310
Hari ni masih penat,kerja pun belom siap. So post poned lagi ke KL. Ala apo nih..So malam ni plan nak buek kojo. Sok nak pergi KL. Jumaat balik n9. Sabtu ke KL. Ahad kembali ke Sabah baa..

Wassalam

No comments:

Post a Comment